Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Mr Crocodile....beware!!


Menurut ilmu sains dan ilmu alam yang telah kiter pelajari dari zaman primary school lagi, kiter tahu bahawa  buaya adalah spesis haiwan reptilia besar yang hidup di air tawar seperti di sungai, danau, tasik dan ada juga buaya yang hidup di air payau seperti buaya muara. Dari saiz tubuhnya sahaja, orang dah ngeri dan seram melihatnya apatah lagi kalau tetiber kena serang dengan haiwan ganaz itu...tak dapat Anna nak bantu yer!!!!!takut......!!
Tapi..ha....mai sini chek nak habaq kat u all, kat darat pun ada gak buaya...tapi buaya spesis ni tak seganaz buaya di air, buaya spesis ni dia akan 'ngap' hati mangsanya perlahan-lahan.Buaya yang dimaksudkan adalah istilah untuk lelaki yang suker mempermainkan hati dan perasaan kaum wanita...kaum gegurl lah. Selain dari istilah buaya darat, mereka juga boleh dianugerahkan dengan anugerah panggilan lelaki mata keranjang dan 'playboy'...
Kiter sebagai gegurl kena hati-hati dengan makhluk ini, dan ciri-cirinya adalah seperti:-

1. Terlebih peramah
Boboy jenis ni senang untuk berborak..aper jer topik dia masuk and setiap ayat-ayat dia memang terbaik plus senyuman dia yang mengancam...halamak!!!!

2. Terlebih kawan gegurl
Sana sini kawan gegurl dia, macam artis semua gegurl kenal dia...tapi tak termasuk ngan jenis boboy 'jambu' lah, boboy jenis jambu memang harus ramai kawan gegurl keliling pinggang.Bila tanya berapa banyak GF, mulalah terkial-kial nak menjawab..

3. Terlebih janji
Kalau bab berjanji, dia lah yang terbaik...'i janji, gunung everest akan ku daki, lautan api akan ku redah, bintang, bulan, matahari, meteor semua akan i bagi'...wek!wek!

4. Terlebih romantik
Ayat dia memang power, sweet talker katakan. Bagi gegurl yang berhati lemah memang senang nak hanyut dek kata-kata dari si pujangga malam ini..selain dari kata-katanya, layanan dia macam romeo, very gentlement n sangat macho...

5. Terlebih kemas
Pakaian yang akan dia pakai selalunya meletop, macam model..silap-silap model pun kalah.Ditambah pula dengan gadget yang menampakkan lagi style penampilannya. Memakai barangan berjenama itu sangat wajib bagi boboy jenis ni seperti Guess, Bonia, LV dan seangkatan dengannya...

6. Terlebih no HP
Selalunya boboy jenis ni akan ada banyak no, sebab kalau pakai no yang sama, harapan untuk salah hantar mesej atau call tue tinggi..so kalau pakai no lebih dari satu agak selamat sikit..tak da lah terkantoi nanti kalau salah hantar mesej kat all gegurl dia..017 untuk u, 013 untuk Samsiah, 010 untuk Kalsum dan bla bla bla....
7. Terlebih pusing ayat
kalau dia buat salah, dia akan pandai cover balik story tu..'i tahu i salah, semuanya i..bla bla bla......'(tiga hari pun tak abis citer dia)

8. Terlebih merayu
Dia punya rayuan tahap maut, ditambah pulak dengan kata-kata emas dan pujian terasa sangat nyaman di telinga dan hati, lepas tue, mula lah ajak pergi ke tempat-tempat sunyi. Untuk gegurl please amik point part ni, u all jangan lemah sebab dari sudut kata-kata dan pujian, besar kemungkinan akan menjuruskan kearah maksiat. INGAT!!!seronok hanya sekali, penyesalan akan berpanjangan...

Jadi untuk gegurl semua, antara 8 info yang Anna selitkan disini, kalau ada yang tersangkut pada u all tue, jalanilah siasatan dengan segera yer....Hati-hati sahaja kalau terjumpa boboy macam ni. Sebab kalau dah terlanjur atau menjadi mangsanya, siapa yang rugi?
Tepuk dada tanya selera....




love Anna


2 comments:

  1. info ni kan buat aku leboh hati2..lelaki sekarang gatal!!

    ReplyDelete
  2. amboii..tak semua lelaki k, aku ni tak gatal pon??

    ReplyDelete

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger