Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Pantun Buat Sahabat

membubuh garam diluka bernanah
menular pekong mencengkam berbisa
hidup nan karam dikandung amarah
mengharap untung tak kunjung jua

kerlipan bintang menjulang arah
kompas nan pecah berpulang jua
pelita benderang hati meredha
matlamat terserlah jalanan teruja

bertaut aur mengkukuhi tebing
mengalir arus sempadan berbukit
sahabat nan akur berjabat seiring
menempah firdaus semangat berbangkit







Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!