Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Jan 26, 2011

Mengenali air mani, mazi dan wadi


Nampak seolah-olah sama dari sudut sebutan dan tempat keluarnya cecair-cecair tersebut. Sebenarnya, setiap cecair tersebut mempunyai sifat yang berbeza. Hukumnya juga berbeza mengikut pandangan syara'.
Pengertian & Sifat
Air Mani ( Rajih : Suci ): Cecair yang terpancut daripada kemaluan lelaki / perempuan apabila sampai kemuncak syahwatnya. Kesan keluarnya air mani menyebabkan lemahnya syahwat. Apabila ia basah maka ia pekat dan mempunyai bau seperti tepung adunan roti dan berlendir, jika kering ia berdebu apabila digosok dan berbau seperti telur yang kering.
Beza air mani lelaki dan wanita:
 Air mani wanita berwarna kuningKadang-kadang ia memutih disebabkan kuatnya syahwat. Air mani wanita dapat dikenalpasti dengan salah satu daripada dua cara. 1) Lemahnya syahwat 2 ) Baunya seperti air mani lelaki.
Air Mazi : Cecair yang keluar disebabkan rangsangan ketika permulaan ghairah. Sifatnya berwarna jernih dan cair ( tidak seperti lendir ).Adakala kita tidak perasan kehadirannya.
Ai Wadi :
 Cecair yang keluar akibat terlalu letih atau ketika mengangkat sesuatu yang amat berat. Sifatnya putih lendir seperti mani tetapi kekeruhannya tidak sama dan tidak mengeluarkan bau.
Hukum
Air Mani : Tidak najis tetapi wajib mandi hadas. Jika terkena pada pakaian, pakaian tersebut boleh digunakan untuk solat.
Air Mazi & Wadi : 
Najis tetapi tidak perlu mandi hadas. Cukup sekadar membersihkannya seperti basuhan air kencing. Keadaan ini, kita dianggap berada dalam keadaan hadas kecil.Maka, kita wajib berwudu' untuk melakukan solat dan sumpamanya.
Masalah air mani yang keluar ketika waktu tidur
Isu yang kerap ditimbulkan berkaitan air mani, adakah cecair yang keluar ketika bermimpi pada malam hari itu hanya air mani semata-mata ataupun keluarnya disertai air mazi. Kita perlu meneliti permasalahan ini kerana kedua-dua cecair tersebut mempunyai hukum yang berbeza dan mendatang kesan terhadap amal ibadah kita. Untuk masalah ini kita perlu melihat sifat-sifat cecair yang saya nyatakan di atas. Jika sifatnya seperti air mani, maka hukumnya seperti air mani. Tetapi jika sifat cecair tersebut seperti air mazi, maka kita perlu mencuci pakai tersebut dahulu kerana air mazi itu najis. Jika berlaku keraguan, bagaimana ? Eloklah kita membersihkan pakaian tersebut. Ini kerana kaedah syara' mengajar kita supaya meninggalkan apa yang diragukan dan beramal dengan apa yang kita yakin.

Rujukan :
 1) Kitab Majmu' Jilid Dua.
2) Kitab Feqh Muqaran Tahun Satu Kuliah Azhar cawangan Tanta
3) Manhaj Dakwah Tahun Tiga 

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger