Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Tanda kiter akan kehilangan kekasih....




Hai semua....Anna disini sekali lagi pada senja yang indah ini, alhamdulillah allah masih memberikan kiter kesempatan untuk share-share info...
Dan kali ni Anna nak kongsikan dengan u all semua mengenai 'clash'..Ouch!!!bunyinya pun dah menyakitkan..Cinta memang indah, ia datang tanpa kiter minta dan pergi tanpa kiter rancangkan. Hmmmm...
Bercakap tentang pergi atau perpisahan, selalunya ia akan datang dengan tanda-tanda. Sama ada kiter sedar ataupun tidak. Hah!!!bersediakah anda?mungkin info yang Anna akan kongsikan disini ada kena mengena dengan u all..

Tanda-tanda kiter akan ditinggalkan:-

1. Si dia(tak kira boboy atau gegurl) akan cuba untuk menghindari dari kiter. Terdapat perubahan yang agak drastik terhadap Si dia, sama ada cuba untuk lari dari topik utama yang kiter utarakan atau hilang fokusnya pada kiter semasa perbualan. Lagi satu, Si dia akan berkelakuan seperti biskut atau main cak-cak, kejap ada kejap tak da. kalau ajak jumpa pula tue, punya lah susah, mengalahkan artis..kalau ada geng, siap ada pengurus kerja tukang jawab call dia..

2. Akan cari pasal dengan kiter untuk bertekak walaupun benda kecik atau benda bodoh.
'pasal belacan pun nak gaduh', hahahah!!!ibarat macam tue lah.

3. Si dia mula merungut dan asyik complain dengan u all..Mula cari kecacatan atau kesalahan. Kalau dulu jalan tak make up atau kuar simple-simple pun boleh jalan, sekarang semua nak lawa nak hensem...cantik ker ko?

4. Mula tukar minyak wangi atau barangan yang u all guna sama-sama dulu...kalau dulu u all ni seiring sejalan, tapi sekarang 'u guna barang u, i guna barang i'...

5. Tak ada call atau sms..kalau dulu rajin call n sms...sekarang nak tunggu call atau sms dari dia macam nak menunggu durian jatuh dari pokok..hello, bercinta aper namanya kalau langsung tak ada khabar berita. Itu bercinta dengan angin......

6. Kalau part berjalan lak, sorang kat belakang sorang kat depan..macam tercampak kat utara dan selatan...kalau dulu macam belangkas..


So..kalau aper yang Anna tulis disini ada kaitan dengan u all, so jaga-jaga lah atau renungkanlah..sebab peratusan untuk u all ditinggalkan ada pada tahap peratusan yang agak tinggi....


love Anna
Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger