Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Sikap Manusia Jahil

Anna kongsikan disini sebuah sajak terbaik dari Singapura..hayati makna tulisannya..Inilah yang berlaku disekeliling kita pada hari ini. Sama ada kita  atau tidak, ia adalah realiti sebenar dalam seharian kehidupan kita..

Sikap Manusia Jahil
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya





love Anna

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger