Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Flawless face make up look more natural

Ramai yang diluar sana, Anna percaya mengidamkan kulit agar nampak licin, bersih dan semula jadi. Disini ada cara-cara make up untuk menampakkan kulit agar nampak sedemikian(walaupun kulit banyak rosak, still can cover it). Tetapi sebelum memulakan, kiter harus bijak untuk 'highlight' muka dan tidak banyak menggunakan banyak warna..bagaimana caranya?Anna akan kongsikan dengan anda..

Bermula:-
1. Gunakan Krim Asas (Primer, UV Base). Sapukan rata pada kulit muka dengan menggunakan tangan. ratakan dengan lembut dan perlahan-perlahan. Primer membantu kulit agar nampak licin dan make up akan tahan lebih lama.

2. Letakkan Concealer (Anna selalu guna Maybeline Angel Fit) disekitar sisi hidung dan dan sisi mulut, gunakan berus foundation untuk meratakannya hingga ke sisi pipi. Ini untuk membuat 'shadow'.

3. Gunakan Mac Studiofinish Conceler (concealer jenama lain pun tak per) dan letakkan di bawah mata dan bawah kening, jangan lupa di inner conner. Ratakan  dengan menggunakan berus foundation. Ini adalah untuk menutup bulatan gelap pada mata.

4. Gunakan foundation (im using Revlon Photo Ready) dan 'tap, tapkan' dengan menggunakan berus foundation disekitar mata. 'Tap, tapkan' dengan lembut dan sekata.

5. Gunakan bedak asas (im using Ellianto Sheer Loose Powder) dan berus powder dengan hanya 2 kali sapuan. Dimata, dahi dan pipi.

6. Tiba masanya untuk melukis kening, Gunakan eye shadow warna coklat dan apply it on your eyebrow. lukiskan mengikut eyebrow.Ratakan dengan menggunakan jari.

7. Untuk Highlight, gunakan berus foundation dan gunakan Tone Highlighter( concealer juga boleh sebagai ganti). sapukan di tulang pipi dalam bentuk C. Touch up sedikit dikelopak mata dan jadikan ia terang. Juga lakukan yang sama di batang hidung dan tepi sisi mulut. ( Maksud Anna, buat Frame)

8. Gunakan eye shadow warna lembut atau natural untuk bahagian eye shadow. ratakan di kelopak mata.

9. Gunakan eye liner berwarna hitam dan lukiskan di kelopak mata dengan tipis.

10. Gunakan maskara untuk menampakkan dan mengemaskan bulu mata.

11. Gunakan blusher warna pink (ikut tone warna) dan blusher your cheek.

12. Gunakan Lip Gloss warna natural atau warna lembut untuk bibir u all.



Sedia untuk keluar.....
SELAMAT MENCUBA!!!






love Anna

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!