Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Jan 2, 2011

Solekan ringkas untuk anda yang berwajah bulat.


wajah sebelum dan selepas solekan


Solekan ringkas untuk anda yang berwajah bulat.

Wajah yang sempurna merupakan impian setiap wanita disamping kulit yang bersih dan tidak mempunyai sebarang masalah. Memiliki bentuk wajah sempurna, kelopak mata yang cantik, hidung yang mancung, pipi bagai pauh dilayang merupakan satu keistimewaan kepada anda. Namun bagi yang tidak bernasib baik, itu merupakan satu masalah. 

Bagaimanapun, teknik solekan yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda yang berwajah bulat agar wajah dipandang menarik dan tampak sempurna. Ciri-ciri wajah bulat ialah seperti, wajah berbentuk bulat, tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Kelemahan bagi wajah bulat ialah, pipi kelihatan kembang dan tembam. Dagu kurang runcing sebaliknya dahi agak kembang dan lebar.

Langkah-langkah menutup kelemahan pada wajah bulat.

1.Sebelum mengenakan solekan, bersihkan wajah terlebih dahulu.Gunakan bedak asas ( foundation) pada wajah mengikut warna kulit anda.

2.Buatkan bayangan gelap ( shading ) di bawah tulang pipi dan bahagian rahang.

3.Letakkan bedak asas yang cerah untuk bayang cerah (hightlight) pada puncak pipi, tulang pipi dan puncak dagu. Letakkan bayang gelap pada tulang hidung.

4.Sapukan bedak tabur pada wajah.

5.Sapukan pembayang mata dengan sapuan warna gradasi untuk mencantikan mata di ikuti dengan pengaris mata, mascara serta kening.

6.Sapukan pemerah pipi agar wajah tampak lebih segar dan berseri-seri. Terakhir sekali sapukan gincu dan pengilap bibir untuk menampakan lagi bentuk bibir yang cantik.

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger