Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Panduan penting untuk guru tadika

Setiap guru khususnya guru tadika mempunyai cara yang tersendiri dalam mengajar dan membentuk murid-muridnya. Tidak mustahil jika saya katakan disini bahawa setiap guru tidak jemu-jemu untuk mengkaji dan mencari formula yang terbaik untuk anak didiknya.
Saya pernah mendengar tentang teknik "Kucing dan tikus", dimana kucing memasang perangkap untuk menangkap tikus. Begitu juga dengan guru seharusnya perlu peka dengan suasana didalam bilik darjah agar senang untuk menangkap hati dan perhatian setiap murid di dalam kelas tersebut.
Memang benar tidak semua jari ditangan sama saiznya. Ada panjang dan pendeknya. Begitu juga dengan murid, ada yang aktif dan ada yang kurang aktif, ada yang bijak dan ada yang kurang bijak. Namun selain tugas untuk mengajar, amat penting sekali kepada guru untuk mendatangkan "mood" agar murid-murid berminat dan menumpukan perhatian pada setiap pelajaran yang diajar.
                          
Disini terdapat beberapa untuk menarik perhatian si cilik:-

1. Memberikan perhatian kepada murid
-Semasa didalam bilik darjah, seorang guru harus memberikan perhatian kepada setiap muridnya. Sebelum memulakan pelajaran, anda boleh cuba untuk berbual dengan menanyakan khabarnya, keluarganya, kesukaannya dan lain-lain lagi. Komunikasi adalah amat penting kerana ia mampu mendatangkan kemesraan di antara guru dan murid.

2. Muzik dan permainan
-Kanak-kanak amat mudah untuk tertarik dengan lagu-lagu dan permainan. Anda juga boleh mengajar mereka menerusi laguan dan permainan. Konsep laguan dan permainan adalah harus setanding dengan pelajaran yang sedang anda ajarkan. Kanak-kanak memang lazimnya akan fokus dan ikut setiap permainan dan lagu-lagu yang diajar.

3. Aktiviti di dalam kelas
- Keselaluannya, selepas mengajar guru harus membuat aktiviti di dalam kelas. Aktiviti tersebut perlulah menarik perhatian mereka. Dengan ini, anda akan dapat melihat sejauh mana pemahaman mereka terhadap pelajaran yang telah anda ajarkan tadi. Juga boleh mengklasifikasikan sejauh mana tahap kebolehan mereka.

4. Bahasa yang mudah
-. Dalam proses penerangan dan komunikasi bersama mereka, guru tersebut harus menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah. Kerana kita tidak mahu membuatkan kanak-kanak keliru dan 'Blur'.

5. Melukis dan Mewarna
-. Bagi mereka, ini adalah suatu permainan. Kanak-kanak amat suka dengan aktiviti ini. Anda juga boleh mengajarnya dengan cara ini kerana ia menguji kretiviti IQ murid-murid. Cara ini juga boleh mendalami isi hati kanak-kanak tersebut, kerana warna dan lukisan memainkan peranan yang penting untuk menggambarkan sesuatu cerita.

6. Senyum
-. Saya faham, setiap manusia ada masalah yang tersendiri. Tetapi seorang guru harus menjadi seorang yang profesional. Melangkah masuk ke pintu gerbang sekolah harus terus melemparkan senyuman yang ikhlas kepada murid-murid. Kerana jika seorang guru bermuka muram atau garang, ia akan menakutkan murid tersebut atau mematahkan semangat mereka untuk belajar.Jadi lupakan sejenak masalah tersebut.

7. Mempromosi
-. Selain kreatf dalam mengajar, guru juga harus kreatif untuk menjemput murid-murid untuk mengikuti pelajaran yang lain pada hari seterusnya. Guru harus membuat tanda tanya kepada murid dengan tutur kata imaginasi atau permainan yang akan diajarkan esok. Dengan ini, murid-murid akan tertanya-tanya ('apakah yang akan dimainkan?apakah benda yang guru sediakan?') dan tidak sabar  ke sekolah esok untuk mengikuti kelas anda.


Guru diibaratkkan seperti lilin yang menerangi dikala kegelapan. Kecemerlangan murid mahupun pelajar adalah menjadi kebanggaan setiap guru. Maka lahirnya generasi yang berilmu dari inspirasi ajaran seorang guru yang kreatif.
Mungkin anda juga mempunyai cara yang berlainan, diatas adalah perkongsian antara Anna dengan semua guru diluar sana. jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Ini hanyalah untuk perkongsian semata...





love Anna

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger