Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Tips lelaki kurang hensem menjadi rebutan.



Siapa kata lelaki kurang tampan tidak menjadi rebutan dewi dewi cinta? Siapa kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkanya semula. Tidak sukar bagi seseorang lelaki untuk didekati oleh wanita meskipun anda kurang tampan.

Apakah yang membuatkan seorang wanita menyenangi seorang lelaki? Rejim penjagaan diri yang betul dan kebersihan diri sudah memadai membuatkan wanita ‘cair’.
Jika selama ini anda mengabaikan rejim penjagaan diri, apa kata mulai sekarang anda mengubah sikap itu.
Anda tidak perlu memakai pakaian yang mahal dan minyak wangi berjenama untuk memikat hati seseorang wanita. Sebaliknya, seorang wanita amat meyenangi seorang lelaki yang kemas penampilanya, bersih dan tahu membawa diri mengikut situasi.
Hakikatnya, tanpa secalit sapuan alat solek di wajah lelaki sudah cukup membuat seorang wanita terpesona. Namun, tidak ramai lelaki yang tahu bahawa mereka memliki faktor ‘XXX’ yang mampu mencairkan hati wanita jika kena caranya.
Jadi, apakah faktor yang perlu dititikberatkan oleh seorang lelaki? Ikuti tip-tip berikut:
Kulit Wajah
Saban hari kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan percemaran udara di samping cahaya ultra ungu yang boleh memudaratkan kesihatan. Kesannya kulit akan beransur ansur berubah mejadi kusam dan tidak bermaya.
Bagi lelaki yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan kulit wajah, saya cadangkan anda menggunakan produk penjagaan kulit. Gunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit anda setiap pagi dan sebelum tidur. Ini membolehkan sel sel mati dihapuskan dan membersihkan liang roma bagi mengelakkan jerawat di samping menghilangkan kekotoran.
Saya nak ingatkan kepda anda semua, berhati hati dengan kulit wajah anda terutama mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.
Gigi
Gigi adalah salah satu faktor penting dalam rejim penjagaan diri. senyuman yang menawan sangat penting. Namun, pastikan anda tidak mempunyai masalah gigi dan mulut. Kurangnya penjagaan mulut dengan baik menyebabkan nafas berbau.
Dapatkan rawatan pergigian mengikut masa yang tertentu dan selalu berjumpa doktor gigi di samping itu anda perlu menggunakan produk pemutih gigi yang ada di pasaran ataupun dengan cara anda sendiri.
Rambut
Rambut yang pendek nampak lebih kemas dan mudah diurus berbanding rambut panjang. Tetapi rambut yang panjang boleh dijaga dengan perapi yang bersesuaian.
Rambut kering boleh dicegah dengan perapi selepas rambut dicuci dan kelemumur perlu dielakkan bagi mendapatkan rambut yang sihat. Antara masalah rambut yang dialami lelaki muda ialah rambut beruban menyebabkan keyakinan diri berkurang.
Anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mahupun anda berkunjung ke salon rambut.
Misai, Janggut dan Jambang
Ini merupakan fitrah seorang lelaki termasuk la saya sendiri. Apabila anda memilih untuk menyimpan misai dan jambang, pastikan anda menjaga kedua dua aksesori lelaki ini supaya tidak berserabut.
Seeloknya misai atau jambang dicukur kemas untuk gaya yang bersih. Sesetengah wanita menyukai lelaki yang mempunyai rerambut di tubuh badan terutama di wajah dan dada.
Bau Badan
Faktor terbesar mengapa lelaki kurang didampingi wanita adalah bau badan. Biarpun mungkin ada yang beranggapan masalah bau badan sering berlaku kepada individu yang bertubuh besar, sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Untuk pengetahuan anda, bau badan adalah dipengaruhi oleh makanan dan faktor kebersihan. Oleh itu anda perlu menjaga pemakanan anda.


Love Anna

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger