Hai semuanya, Ditengah malam yang indah ini, sambil bertemankan lampu laptop yang terang benderang...terlintas di fikiran Anna untuk berkongsikan pengalaman dan info dengan u all semua..
Sebelum itu, tak kira dimana pun u all berada, hope so u all are in the good mood...keep smiling n read my tips.hmmm....
Malam ni Anna akan berkongsikan dengan u all tentang merokok dan cara untuk berhenti merokok.Merokok merupakan gaya pop culture yang semakin popular di era zaman global ini. Apa yang membuatkannya ia digemari? Ha!!Sudah tentunya penangan Tembakau yang ada dalam perut rokok yang telah membuat ramai orang menggemarinya. Namun, disebalik kenikmatan sebatang rokok terdapat banyak kerugian sama ada disedari mahupun tidak.. Namun di zaman yang serba moden ini, tidak kira boboy mahupun gegurl, kanak-kanak juga boleh termasuk dalam list perokok..
Mengapa kiter harus segera berhenti merokok? Kerana menurut statistik dari seluruh dunia, jumlah perokok yang meninggal sebab penyakit yang disebabkan oleh merokok adalah berjumlah hampir 3 kali jumlah orang yang meninggal kerana alkohol dan dadah. Bahkan jumlah perokok yang meninggal adalah berjumlah 6 kali ganda dibandingkan dengan kemalangan jalan raya. Selain itu, usia perokok biasanya 13 hingga 14 tahun lebih pendek daripada orang yang tidak merokok.
Antara penyakit yang disebabkan merokok adalah seperti sakit jantung, barah hati, barah paru-paru, cepat tua, rosak organ dalam badan dan banyak lagi..(nak cakap semua, setahun pun tak habis)hihi...
Cara untuk BERHENTI merokok:-
1. Makan gula-gula
Ambil gula-gula yang pedas atau berangin. Kerana bagi sesetengah perokok apabila tidak merokok akan rasa ganjal atau kekok. Jadikan ia sebagai hobi dengan mengunyah gula-gula...paling bagus gula getah lah..
2. Mempunyai keinginan
Harus mempunyai keinginan yang kuat dan berusaha untuk berhenti.
3. Bersenam
Banyakkan membuat senaman dan banyakkan minum air suam.
4. Jauhkan diri dari kawasan merokok
Didalam proses berhenti merokok, sememangnya mempunyai pantang-pantang yang harus kiter ikut, kerana Anna paham, bukan senang nak berhenti merokok ni. Asap rokok yang kiter biasa hidu dulu akan boleh mempengaruhi selera untuk merokok kembali..
5. Banyak dengar muzik atau pakai ear phone n head phone also can
Muzik juga dapat membantu untuk berhenti merokok, kerana ia akan membuat kiter lalai dan luper keinginan untuk merokok..
6. Berhenti mengikut tahap
Dalam sehari kurangkan rokok yang biasa anda ambil contoh dari 14 batang sehari turun kepada 8 dan sebagainya, dan pergi kepada seminggu dan sebulan dan seterusnya..kurangkan sebanyak mana yang boleh dan cuber untuk tidak merokok satu hari...
Memang banyak faedah yang boleh kiter dapat selepas berhenti rokok, hati senang jiwa pun senang. Tak ada istilah 'macho' atau 'cool' bagi perokok, nampak lagi kelam kabut adalah...so nak sihat?pilihan ada ditangan u all.....
love Anna