Bakal ibu di luar sana
Ingatlah semasa kau meningkat dewasa
Dia menghampirimu
Maka kini lengkaplah hidupmu..
Bakal ibu di luar sana
Ingat lah semasa kau sedang berkasih
Dia merayumu
Menabur janji padamu
Dan kau terlena dek khayalan janjinya..
Bakal ibu di luar sana
Ingatlah semasa kau dirayu
Dirayu membuktikan cintamu yang suci itu
Dan kau benar-benar membuktikannya
Segalanya kau serahkan padanya
dirimu adalah miliknya
Dimana agama mu?
Dimana tuhanmu?
Dimana keluargamu?
Semuanya kau lupa dan tepis ketepi...
Bakal ibu di luar sana
Ingat lah semasa kau terlena hasutannya
Puas kau dengan cintanya
Tanpa ikatan halal kau memadu kasih
Terlena dek belaiannya terus melayari bahtera…
Bakal ibu diluar sana..
Benih yang disemai kini menjadi
Dari ikatan kemesraan yang di bina bersama
Mekar tumbuh subur di rahimmu
Tahniah kau akan bergelar ibu
Dan dia akan bergelar ayah..
Bakal ibu diluar sana
Ingatlah semasa kau ditinggali olehnya
Mengapa??
Sedangkan ini yang kamu bina dan semaikan bersama
Kemanakah si dia???
Bakal ibu diluar sana
Hasil yang dibina itu kini telah di dunia
Mengapa ini yang dipilih
Berdosa dia???
Tahukah dia???
Sedangkan kau yang mengwujudkannya
Mengapa kini kau perlakukannya sebegini???
Adakah ini cintanya manusia???
Adakah ini yang dinamakan cinta???
Disinikah tempatnya??
Inikah layanannya???
.Love Anna
benar belaka, insaflah wahai kekasih diluar sana..kasihan pada bayi yang tak berdosa, sudah lah kamu berzina, ditambah kan pula dosa membuang bayi...adoiii!!!!
ReplyDelete