Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Jan 15, 2011

Cara Mudah Mengenalpasti Terdapat Gangguan Jin / Sihir atau Tidak

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”
(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi” - pengikut-pengikut
9. Al Qarna” - pengawan-pengawan
10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).
Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Mengenalpasti Secara Mudah dan Pantas

Kebanyakkan pesakit tertanya-tanya samada benarkah mereka menghadapi gangguan jin atau sihir. Justeru itu, tokoh-tokoh perawat Islam menyarankan adalah lebih baik pesakit mendapat pandangan doktor terlebih dahulu untuk memastikan penyakit mereka disebabkan masalah organ dalaman. Seterusnya sekiranya doktor tidak dapat memastikan punca sebenar penyakit, barulah pesakit mendapatkan rawatan dari perawat Islam.
Bagaimanapun pemeriksaan dan analisa oleh pihak doktor dengan cara makmal (ujian darah, scan MRI, scan CT, X-Ray) mengambil masa, dan adakala perlu untuk pesakit mengenalpasti dengan cepat terutama untuk kes seperti penyakit kanser yang agresif. Selain itu, keluarga pesakit takut mendapat malu sekiranya diketahui jiran-jiran bahawa ahli keluarga ditimpa gangguan jin/sihir.
Disini, kami sajikan cara mudah yang dapat dilakukan sendiri oleh pesakit sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Pesakit tidak lagi perlu untuk ”menengok” dengan bomoh-bomoh, ataupun di”scan-scan” oleh ”ustaz-ustaz” yang sebenarnya adalah amalan telek. Dosa mendatangi tukang telek mengakibatkan pesakit kehilangan amalan selama 40 hari, manakala hukum mempercayai tukang telek adalah pesakit terkeluar dari agama Islam.

1.2 Masa Yang Sesuai Untuk Kita Mengenalpasti
Pembaca disarankan melakukan teknik mengenalpasti adanya gangguan jin dan sihir pada masa-masa berikut:
Keadaan Di Hadapi Pesakit
Contoh-Contoh
Menyemak kemajuan rawatan
· Setelah dikatakan bersih atau pulih oleh perawat
Doktor tidak dapat memberi pandangan yang yakin
· Bengkak pada pesakit berubah-ubah kedudukan sehingga pesakit sering ditukar wad
· Penyakit dikatakan termasuk senarai penyakit ganjil (rare disease)
· Penyakit berulang walaupun sebelumnya pesakit telah berjaya dipulihkan
Terjumpa atau terpegang peralatan sihir
· Terpegang katak kering berwarna hitam yang diletakkan di bawah alas kaki di pintu masuk Bilik Mesyuarat Utama semasa tender
· Membersihkan keris pusaka atau barang-barang lama
· Membuka pintu/pagar rumah dan didapati ada kesan titik-titik kapur warna putih, atau darah ayam warna merah yang tidak diketahui puncanya
· Pasir bertaburan didepan pintu rumah atau di atas meja di pejabat
· Terjumpa botol kecil mengandungi cecair diselitkan dicelah pasu bunga di depan rumah
Memegang atau dipegang orang-orang yang disyaki didampingi jin
· Terasa meremang semasa mengurut orang
· Diurut oleh tukang urut yang disyaki didampingi jin
· Bersalam dengan orang-orang yang disyaki didampingi jin
· Terlibat dalam rawatan kes gangguan samada memegang pesakit merasuk atau membantu perawat
Melalui kawasan-kawasan keras atau anker
· Melalui rumah-rumah tinggal pada waktu malam
· Melalui kawasan-kawasan kubur
· Melalui kawasan-kawasan kuil atau berhala

1.3 Ayat2 Mudah Dalam Set Ujian Mengenalpasti
Berdasarkan pengamalan penulis yang terhad, ayat-ayat muqata’at dari Al-Quran didapati mampu mengeluarkan tindakbalas dari jin gangguan / sihir yang mendampingi atau memasuki badan pesakit. Untuk menguji, pesakit hendaklah membaca sendiri, atau didengarkan bacaannya oleh ahli keluarga.
1.3.1 Teknik Ujian
Cara ujian adalah mudah:
(a) Ambil kadar degupan jantung sipesakit
(b) Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(c) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(d) Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(e) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(f) Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti:
· sendawa,
· batuk-batuk, atau
· rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan
1.3.2 Set 1
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti KAF, ’AIN, SOT, MIM, SIN dan QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTTT
dari Surah Maryam, Ayat 1
HA MIMMMMMM
dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1
’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFFF
dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2
1.3.3 Set 2
Sekiranya tiada kesan pada bacaan Set 1, teruskan bacaan Set 2.
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti SIN, MIM, NUN perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
THO HA
dari Surah TaHa, Ayat 1
THO SINNNNNN
dari Surah AnNaml, Ayat 1
THO SINNNNNN MIMMMMMM
dari Surah 26 AsShu’ara, Ayat 1
YA SINNNNNN
dari Surah Yasin, Ayat 1
NUNNNNNNN

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger