Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Jan 15, 2011

Pencarianku

Aku hidup
Mencari-cari sesuatu
Aku sendiri tak pasti
Apa yang yang dicarinya…..
Aku hidup
Terus melangkah
Mencari apa yang tidk diketahui
namun langkah ku masih terus kedepan…
Aku hidup
Kononnya kini telah pasti apa yang kucari
Kini telah ku kecapi
Namun hati masih tidak berpuas hati…..

Teman, harta, wang, keseronokkan mengelilingiku
Apa yang sebenarnya aku cari????

Aku hidup
Dengan bertukar arah
Mula menutupi diriku
Mula mengawal diriku
Tanpa ikutan sesiapa
Hatiku ingin melaksanakannya
Dan menunaikan kewajipanku....
Aku hidup
Dengan caraku yang mengikut segala perintahnya
Mengawal diriku dari larangannya
Hatiku kini telah tenang
Inilah yang kucari
Telah ku jumpanya….

Telekung dan sejadah permulaannya..
Terima kasih Ya Allah



love anna 

1 comment:

  1. pencarian yang harus diteruskan.hargai setiap yang dikurniakan allah....:-)

    ReplyDelete

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!