Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 31, 2010

10 fakta-fakta asas tentang Aids dan HIV






Adalah hak anda untuk mengetahui…

1- AIDS disebabkan oleh HIV.  

AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan 
sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. 
Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV. 

2- Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun. 
Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun daripada jangkitan pertama virus HIV. Oleh itu seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin akan 
kelihatan dan rasa sihat untuk beberapa tahun, tetapi dia masih boleh menjangkiti orang lain 
dengan virus tersebut. Ubat-ubatan yang terbaru boleh membantu seseorang itu kekal hidup 
dengan sihat untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi dia masih mempunyai HIV dan masih 
boleh menjangkiti orang lain. 

3- HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV.  
HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh 
HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV 
boleh didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair 
faraj, dan susu ibu). 

4- HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks.  
HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan 
oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat 
luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). 
Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj 
mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa. 

5- Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) 
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.  
Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti 
orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin 
dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan 
atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka. 



6- Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan.  
Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak 
melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan 
seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau 
menggunakan kondom. Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung. 

7- Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi 
dijangkiti dengan HIV.  
HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang 
tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak menggunakan kondom. 

8- Hubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling 
dan ujian.  
Sesiapa yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut menghubungi 
pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian secara sulit. 
Ia adalah hak anda. (Artikel 24 daripda Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak). 

9- HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan.  
HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa 
setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; berkongsi kain alas 
katil, peralatan makanan, makanan; nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin. 

10- Semua orang berhak untuk mendapatkan belas kasihan dan sokongan.  
Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa 
sahaja yang difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak 
kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang yang dijangkiti dengan 
atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan. 
(Artikel 2 daripada Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak). 



No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger