Para muslimah yang bijak pandai diluar sana bolehlah meneliti sama ada tudung berikut sesuai dijadikan busana Muslimah untuk peragaan Wanita Muslim. Pokok penting busana Muslim ialah aspek auratnya, sekiranya aspek aurat melepasi tapisan maka aspek-aspek lain seperti coraknya, kesesuaiannya dan sebagainya akan diambil kira.
Terdapat sedikit kecacatan dari segi aspek aurat pada rekaan tudung ini kerana ia menampakkan leher si pemakai. Apapun perubahan boleh dilakukan untuk menyesuaikan tudung ini mengikut keadaan dan tuntutan Muslimah.
Rekaan kreatif tudung ini memberikan kelebihan kepada si pemakai yang sering menghabiskan masa yang lama sepanjang waktu pergi dan pulang dari tempat kerja. Umpamanya semasa berada di dalam komuter, kerana tudung ini dilengkapi bantal untuk dijadikan alas kepala.
Terpulang kepada wanita sama ada mementingkan gaya atau keperluan. Pereka tudung ini menyajikan rekaan yang kreatif dan menarik di samping kemudahan yang berguna (bantal untuk tido).
No comments:
Post a Comment