Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Aku dalam kemurungan?Relax jer....

Salam semua...Berdasarkan peristiwa yang berlaku pada Anna hari ini, terbuka hati Anna untuk berkongsikan sesuatu dengan u all..Hal yang akan Anna coretkan disini adalah mengenai kemurungan atau dalam bahasa omputihnya 'depression'...Memang tidak dinafikan bahawa setiap manusia tidak pernah dapat lari dari masalah. Masalah akan datang setiap kali tanpa kita mintanya. Dan jangan risau kerana dunia ini cantik dan adil kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya dan ada cara penyelesaiannya. Hanya kiter sebagai manusia perlu bijak untuk menyelesaikan dan mengaturkan langkah..Macam main puzzle...kan?

(sumber dari google)

Menurut kajian, kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara dan ia bukanlah boleh ditamatkan atau dihilangkan dengan keinginan semata. Individu yang dalam kemurungan tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali dengan bantuan pakar atau ubat-ubatan. Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia akan berpanjangan berbulan-bulan atau pun tahun malah ia boleh menyebabkan penyakit fizikal dan boleh menyebabkan trajedi bunuh diri.

Ciri-ciri dalam kemurungan:

1. Sedih
2. Takut
3. Rasa bersalah
4. Kutuk diri sendiri
5. Bimbang ang terlampau
6. Selera makan kurang
7. Tidak mahu bercampur
8. Tidak boleh tidur
9. Abnormal jika berterusan

Cara mengatasi:-

1. Luangkan lebih masa dengan orang tersayang melakukan aktiviti berguna.
2. Terima kenyataan — kemurungan adalah penyakit serius dan ubat anti kemurungan adalah komponen penting dalam rawatan.
3. Berbincang dengan doktor — mengenai perasaan dan kemajuan rawatan. Jangan takut untuk bertanya.
4. Berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan.
5. Penuhi masa dengan aktiviti dan hobi.
6. Keluar berjalan-jalan.
7. Shopping.
8. Jangan terlalu mengharap diri sendiri.
9. Elakkan bersendirian
10. Belajar menjadi tenang dan penyabar
11. Menyelesaikan masalah dengan orang lain jika perlu.
12. Tidur

Kemungkinan cara diatas dapat membantu u all yang kini dalam kemurungan....so kalau sudi, u can try it...




love Anna



No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger