Disini Anna ingin berkongsikan sedikit pengalaman Anna kepada anda semua. Diharapkan apa yang Anna coretkan disini, tidak lah terjadi kepada anda diluar sana. Sememangnya cinta itu indah. Memang tidak dinafikan. Kadang-kadang mata kita akan dikaburi dengan perasaan cinta yang membuak-buak. Namun hati-hati dalam bercinta atau memilih pasangan kerana kadang-kala mereka pandai menyorokkan identiti mereka sendiri, sehinggakan kita tidak tahu status dirinya yang sebenar. Entah sudah berkahwin atau tidak. Terbercinta dengan suami orang pernah terjadi dalam diri Anna sendiri, namun ahamdulillah...ianya cepat berakhir dan Anna hanya bersyukur kepada dia yang maha esa kerana telah memberikan petunjuk semasa di dalam hubungan.
Hmm....Bercinta dengan suami orang sepertinya amat popular dikalangan masyarakat kita. Disebabkan ayat dan janji-janji akhirnya ramai gadis terperangkap dan terjerat dengan suami orang tersebut.
Mengikut pengalaman Anna, antara ciri-ciri lelaki yang telah berkahwin adalah:-
1. Tidak dibenarkan untuk menghubunginya, hanya masa tertentu sahaja..kalau boleh biar dia yang hubungi kita...Ini kerana mereka terikat dengan orang rumah yang selalu bersama mereka.
(Masa dulu, Anna hanya dapat menghubunginya di waktu sekolah. After school he will gone and came back on 3 or 4am..)
2. Banyak memberikan alasan dan anda sendiri akan merasa pelik.
3. Gatal yang melampaui batas, maklumlah dah ada pengalaman.
4. In public, dia akan takut-takut. Tapi kalau di tempat orang, maksudnya bukan ditempat sendiri, pehh!!!!macam belangkas...
5. Jarang untuk dating atau keluar bersama-sama. Ada masa tertentu jer. (Masa Anna dulu, isteri kursus baru keluar)
6. Cara perbualan yang tidak boleh masuk otak, orang yang dah berkahwin ni selalunya agak ada ciri keayahan..
7.Dalam kereta ada bunga-bunga atau ada barang perempuan atau mainan budak. Selalunya kat dalam kereta ada sangkut bunga rampai..
8. Tidk pernah ajak untuk jumpa parents..
9. Badan dia semangat, perut buncit dan memang nampak macam bapak orang.
10. kalau HP berbunyi, dia akan jawab jauh dari anda.
Diatas adalah senarai yang pernah Anna alami semasa Terbercinta dengan suami orang dahulu. Kerana kesilapan dan pengalaman lepas telah membuatkan Anna lebih berhati-hati. Setiap yanagg berlaku ada hikmahnya..Jadi anda diluar sana harus bijak dalam membbuat keputusan dan menilai seseorang. Kata orang biar orang nampak kita dungu atau lembap, tapi dalam diri sebenarnya kita yang tahu.Jngan mudah terpedaya atau mempercayai orang.
Cukuplah....Jangan jadi macam Tipah...asyik tertipu jer
love Anna
No comments:
Post a Comment