Dalam kesibukkan kiter seharian, kiter hampir terlupa untuk menjagga kecantikkan..Tapi bagi Anna sibuk macam mana pun, perlu ambil masa untu manjakan diri. Betul tak? Begitu juga dengan kulit muka, selalu pakai make up pun tak elok jugak, so kena jugak betulkan balik struktur kulit muka tu..takut jugak nanti jadi kendur, kusam, jerawat, jeragat dan cepat nampak tua.
Salah satu cara untuk memanjakan kulit muka kiter adalah dengan memakai Mask muka. Kini, banyak produk mask telah dipasarkan, kiter hanya perlu mencari dan memilih. Hanya tinggal bayar jer..hihihi..Tetapi, disini Anna nak kongsikan dengan u all dengan Masker muka ciptaan rumah atau 'Mask Home Made'...
Anna dapat resepi ni dari housemate Anna dulu, dengan hanya menggunakan Telur putih, telur kuning dan Air perahan Limau Kasturi..
Cara-Cara
Pastikan u all telah pun bersihkan muka dan hilang make up di muka
1. Asingkan putih telur dan kuning telur.(gunakan hanya 1 biji sahaja)
2. Potong sebiji limau kasturi dan perahkan di atas putih telur dan pukul sehingga keluar buih.
3. Sapukan dimuka sehingga rata dan biarkan selama 20 ke 30 minit.
(putih telur membantu untuk menegangkan kulit, manakala limau kasturi membantu untuk mengelakkan jerawat dan menghilangkan jerawat)
Semasa dalam proses ini, kulit muka u all akan jadi keras dan u all kena bersabar dan jangan gerak, nanti muka akan berkedut...
4. Selepas mencuci muka, pecahkan kuning telur dan ratakannya dimuka selama 15 minit..(selama mana, ikut suker u all)
(kuning telur membantu untuk melembabkan kulit)
U all akan rasa kulit muka lebih lembut dan segar. Boleh diamalkan 3 kali seminggu...
SELAMAT MENCUBA!!!
love Anna
No comments:
Post a Comment