Asyik membelek internet, tertiber Anna terjumpa beberapa rangkap kata-kata yang mungkin dapat memberikan inspirasi kepada anda.Bagi Anna kata-kata ini adalah ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam.Dari sumber tersebut, Anna coretkan disini....hayatinya bersama..
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya".
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."
"Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat".- Benjamin Disraeli
"Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki".
"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia".
"Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat".
"Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu, dia akan tertipu".
"Setiap kemaksiatan adalah racun didalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa dan
akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan diselah-celah sanubari insan".
"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya".
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya".
"Jangan sesekali menangis dengan apa yang telah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah untuk membina apa yang telah hilang dan pergi".
"Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan".
"Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri".
Semoga kita dapat menghayati dan mempelajari sesuatu dari ungkapan istimewa ini...
love anna
No comments:
Post a Comment