Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh seseorang. Namun ia mempunyai keinginan untuk melindungi, memiliki, membahagiakan dan tidak mahu berpisah. Josh Mc Dowell menyebutkan bahawa "cinta sebagai sesuatu yang diharapkan semua orang. Tanpa cinta manusia tidak sempurna. Kehilangan cinta manusia akan menjadi putus asa”.
Kata orang, mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang..
Bercakap mengenai cinta, kadang-kadang kita juga keliru dengan perasaan sendiri. Keliru untuk membahagikan perasaan Suka, Sayang, Cinta dan Kasih.
Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyanyangi, mencintai dan yang lainnya.
"......"
Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri..
Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri..
Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa sahaja untuk kebaikannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu..
'Suka' adalah saat dia menangis, dan kau akan katakan 'sudahlah, jangan menangis.'
'Sayang' adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
'Cinta' adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dipangkuanmu dan kau akan berkata 'Mari kita selesaikan masalah ini bersama.'
'Suka' adalah saat kau melihatnya dan kau akan berkata 'dia sangat kacak atau cantik.'
'Sayang' adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu.
'Cinta' adalah saat kau melihatnya dan kau akan berkata 'Buatku dia adalah anugerah yang terindah.'
Tanda-tanda anda telah jatuh cinta tanpa sedari:-
1. Rindu-
-.Tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
2. Menelefonnya
-. Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.
3. Termenung
-. Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung.
4. Resah
-. Kamu akan gelisah bila melihat dia tidak Online di MSN, YAHOO Msgr dan Face book. Akan merasa marah jika mesej kamu tidak dibalas.
5. Berat hati
-. Tidak mampu untuk menghapus semua SMS darinya.
6. Sukar melelapkan mata
-. Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda. Anda juga akan menunggunya di hadapan PC untuk menanti dirinya online.
7. Dihinggapi cemburu
-. Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawannya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
8. Sentiasa kata 'Ya'
-. Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 'Ya'. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
9. Sumber ilham
-. Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari.Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
10. Inginkan perhatian
-. Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
Senarai yang telah Anna senaraikan diatas mungkin ada yang terjadi pada anda...
Percayalah, disaat kau 'menyukai' dirinya, kau akan memaksanya untuk menyukai kamu.
Di saat kau 'menyayanginya', kau akan membiarkannya untuk memilih.
Disaat kau 'mencintainya', kau akan menanti menantinya dengan ikhlas dan tulus.
'Suka' apabila kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
'Sayang' adalah saat kau akan menemani apabila kau diperlukan.
'Suka' adalah hal yang menuntut.
'Sayang' adalah hal yang memberi dan menerima.
'Cinta' adalah hal yang memberi dengan rela.
love Anna
No comments:
Post a Comment