Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Tips untuk nampak kurus.....walaupun..(hihi)..

Memang benar tak dinafikan, pompuan mana yang tak nak nampak cantik, semuanya nak nampak lawa jer...pompuan tak lari dari jaga keterampilan sebab Anna pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa pompuan ni diibaratkan sebagai sekuntum mawar...Dah nama pun mawar, kat kedai bunga mawar mahal beb, nak dapat tu punya lah susah, setahun sekali..dah lah mahal wangi pulak siap berduri lagi...hmmmmm..

Balik kepada tajuk asal, siapa kata pompuan yang gempal atau berisi tak leh nampak cantik atau pun  hodoh..siapa kata?siapa kata?kat sini ada tips untuk pompuan yang bersaiz besar untuk nampak kurus...hihihi...teruskan membaca yer...

1. Skinny Pants
Dengan mengenakan Skinny pants, kiter akan nampak lebih kurus..betul, Anna tak tipu, tak caya cuba lah...ala..jangan membazir sangat, skinny pun kat kedai tak sampai RM30 pun..

2. Banyak kan baju hitam dan elakkan warna kuning
Warna baju juga memainkan peranan yang penting, sebab kalau salah pilih warna, kiter akan nampak sangat kelakar, jadi untuk mengelakkan dari diketawa, pilih lah warna baju dengan teliti..warna hitam atau warna-warna yang gelap amat sesuai dipakai oleh si berbadan besar, kerana ini dapat menutup tubuh kiter dari nampak double...hahahah...macam invisible lah..teknik menipu pandangan mata kasar..

3. Cara amik gambar
Dalam photo, angle amat lah penting sangat-sangat, memang shot ada makna nya yang tersendiri, tapi bagi hamba teknik amik gambar dengan High Angle, ini akan dapat menampakkan kiter lebih kurus..tak caya try lah...

4. Baju jalur-jalur
Kepada yang suka pada patern jalur-jalur tu, please...jangan sesekali pilih patern jalur melintang..sebab ini akan nampak u all lebih kembang, jadi pilih jalur lurus kebawah atau V-shape..akan nampak lebih ramping..

5. Kasut tinggi
Kasut tinggi pun boleh membantu kiter untuk nampak kurus, sebab kiter akan nampak tinggi dan ketinggin itu akan stabil dengan badan kiter...so tak caya cuber lah...


Selamat mencuba...
love Anna

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger