Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Jan 27, 2012

Manisnya sebuah perkahwinan


Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan didalam perhubungan mereka. Tetapi ia tidaklah semudah yang diharapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang bergolek. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha keras serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan, pasti usaha untuk rumahtangga bahagia tidak akan berhasil. Antara tips yang mungkin boleh diamalkan pasangan untuk kebahagiaan mereka adalah…….

(1) Komunikasi- Komunikasi adalah amat penting didalam perhubungan. Rumahtangga yang bahagia akan terhasil daripada hubungan komunikasi yang baik. Tanpanya, pasti permasalahan yang wujud didalam hubungan tidak dapat diselesaikan.

Selain daripada itu, ia juga adalah cara paling sesuai untuk pasangan meluahkan perasaan yang terpendam. Luahan perasaan amat penting untuk mengelakkannya berubah menjadi dendam. Ia sangat berbahaya didalam hubungan. Untuk memastikan rumahtangga anda bahagia, anda juga perlu memastikan bahawa anda mampu untuk berkomunikasi dengan baik terhadap pasangan.

(2) Kejujuran- Kejujuran juga merupakan tips penting untuk rumahtangga bahagia. Ini adalah kerana tanpa kejujuran akan membuatkan pasangan anda terasa seperti dianiaya. Perkara yang sering menjadi masalah adalah apabila peranan kejujuran hanya dimainkan oleh sebelah pihak sahaja.

Keadaan pasti akan menjadi lebih buruk sekiranya segala penipuan yang dilakukan terbongkar. Sekiranya masing-masing mampu untuk jujur terhadap pasangan, pasti tiada masalah untuk menikmati rumahtangga yang bahagia didalam perhubungan mereka.

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan didalam perhubungan mereka. Tetapi ia tidaklah semudah yang diharapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang bergolek. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha keras serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan, pasti usaha untuk rumahtangga bahagia tidak akan berhasil. Antara tips yang mungkin boleh diamalkan pasangan untuk kebahagiaan mereka adalah…….


(3) Kepercayaan- Kepercayaan adalah merupakan satu proses yang perlu dibina, dan ia tidak akan wujud dengan begitu sahaja. Bina kepercayaan pasangan dengan pembuktian yang mampu anda lakukan. Apabila kepercayaan telah wujud antara pasangan, pasti tiada pemikiran negatif yang akan timbul.

Ini akan membantu rumahtangga anda bahagia. Apabila anda sudah berjaya untuk mendapatkan kepercayaan daripada pasangan, peliharalah ia sebaik mungkin. Ia kerana kepercayaan adalah merupakan satu proses yang sukar untuk dibina.

(4) Hormat-menghormati- Saling hormat-menghormati adalah merupakan elemen penting untuk rumahtangga kekal bahagia. Setiap manusia suka apabila merasakan diri mereka dihormati. Ia secara automatik akan memudahkan mereka untuk menghormati orang lain pula.

Semestinya anda juga pasti berasa gembira apabila merasakan diri anda dihormati bukan? Apabila perasaan hormat wujud diantara kedua-dua belah pihak, pasti setiap luahan kata-kata akan lebih terbatas. Anda perlu tahu bahawa kata-kata boleh meninggalkan kesan luka yang dalam terhadap hati seseorang. Jangan sesekali meluahkan kata-kata mengikut perasaan.

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger