Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

Berdiam diri = Masalah selesai...sejauh manakah...?

Setiap perhubungan pasti ada pasang dan surutnya. Kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula sewaktu berhubungan.
Kini, Anna ingin menyatakan pendapat dengan anda baik lelaki atau pun perempuan tentang berdiam diri dalam sesuatu perhubungan. Tidak kiralah sama ada hubungan sahabat, kekeluargaan mahupun percintaan. Memang ada yang mengatakan bahawa berdiam diri adalah lebih baik dari berkata-kata, namun sampai bila harus berdiam diri. Adakah dengan berdiam diri dapat menyelesaikan masalah..?
Kalau benar, sejauh manakah ia?
Pendapat Anna, berdiam diri di dalam 'perhubungan' adalah sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Ini juga akan menampakkan kesalahan pada individu berkenaan. Kerana, kalau tidak melakukan kesalahan kenapa harus takut untuk berbicara? Dengan mengambil keputusan untuk berdiam diri akan meninggalkan tanda tanya kepada pihak lain. Ada yang berpendapat bahawa dengan berdiam diri takkan merumitkan keadaan. Tetapi sedarlah bahawa hati manusia tidak sama. Kata orang rambut sama hitam, tapi jiwa lain-lain.
Dengan hanya berdiam diri ia akan meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada pihak kedua tak kira lelaki atau perempuan. Iaitu:-

1. Mengesyaki kesalahan diri sendiri
-.Tertanya-tanya kesalahan besar apakah yang telah dilakukan sehinggakan pasangan atau temannya berdiam diri sekian lama.

2. Terhegeh-hegeh
-. Mula mendekatkan diri kepada si pendiam diri sehingga membuatkan diri dipandang begitu murah dan tidak laku.

3. Bertanyakan banyak soalan
-. Akan mencetuskan banyak persoalan.

4. Mula menjalankan siasatan
-. Mula membuat siasatan atas manusia 'misteri' tersebut. Manalah tahu suami orang ker, tunang orang ker, penjenayah ker....

5.Syak wasangka
-. Akan mula timbul tak sedap hati dan akan menjadi sangat sensitive.

6. Mula bosan
-.Akan mula tawar hati atau bosan kerana merasakan diri telah membazir waktu menunggu orang yang bersikap demikian. Macam dia hebat sangat, tak da siapa setanding dia....hello. hebat kah ko?

7. Benci kepada kaum berkenaan
-. Akan mula rasa benci atau tidak percaya kepada kaum yang buat spoil tadi.


Perkara di atas akan terjadi dengan adanya pihak yang berdiam diri dalam sesuatu perhubungan. Kata orang setiap benda yang terjadi ada jalan penyelesaian dan ada tata cara untuk menyelesaikannya. Dengan hanya berdiam diri, adakah ia akan berakhir? Adakah ini sesuatu perbuatan yang bertanggungjawab? Dan adakah ini caranya orang dewasa menyelesaikan masalah? Matangkah ia?


renungkanlah...



love Anna

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger