Assalamuaaikum..
Adalah indah sebuah perkahwinan tetapi harus disertakan dengan perisai tatkala munculnya gelora tanpa disangka agar tidak terkejut dan boleh dihadapi bersama.Jangan jadikan sebuah perpisahan sebagai sebuah kebahagiaan..

Selamat Datang ke laman Anna, segalanya yang dicoretkan disini adalah untuk dikongsikan bersama...Teruskan pembacaan anda!!

Dec 26, 2010

kebaikan lelaki cantik

Keselaluannya, lelaki akan dianggap sebagai kasanova atau pun 'sweet talker' bagi wanita. Janganlah macam tu...sebenarnya, masih wujud lagi lelaki yang baik dimuka bumi ini..Anna dapat sumber ini dari google dan akan Anna kongsikan bersama anda.

Antara ciri-ciri lelaki cantik ialah:-

1. Seorang lelaki yang sentiasa berada dekat dengan Allah. Dia akan sentiasa menjaga dan melakukan ibadat yang wajib terutamanya solat lima waktu. Apabila seorang lelaki itu dapat menjaga solatnya ia telah dapat menjaga diri dan hatinya dari melakukan segala kemaksiatan. Dosa-dosa akan dapat diampunkan oleh oleh jika hatinya ikhlas beribadat kepada Allah. Allah akan sentiasa memelihara hamba-hamba yang dekat denganNya. Jika anda banyak buat kebaikan sekalipun tapi jika sembahyang tidak sempurna, maka ianya seolah-olah sia-sia. Kerana di akhirat nanti perkara pertama yang akan dihisab adalah solat kita.

2. Apabila diri seorang lelaki itu mengingati akan dosa-dosa yang telah dilakukan maka mengalirlah air matanya kerana menyesal akan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Air mata yang keluar juga adalah sebagai tanda malu kepada Allah kerana banyak berbuat dosa di bumi Allah ini.

3. Setiap yang bernama manusia sudah tentu tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Walau sehebat mana pun seorang lelaki itu dia tetap seorang lelaki dari kalangan manusia juga. Sudah tentu tidak terlepas dari melakukan kesalahan.  Lelaki yang cantik akhlaknya sedia menerima segala teguran yang diberikan kepadanya. Walau setinggi mana pun kedudukan anda apabila anda ditegur akan kesalahan yang telah anda lakukan maka anda sedar dan anda menerima teguran itu dengan hati yang terbuka dan benar-benar sedar akan kesalahan itu. Itulah menunjukkan betapa mulia dan cantiknya hati seorang lelaki itu.

4. Lelaki yang membalas kejahatan dengan kebaikan. Maksudnya disini seorang lelaki itu bersifat sabar. Contohnya orang lain berbuat jahat kepada anda seperti dihina, dikutuk, dibenci dan sebagainya. Namun begitu anda tetap bersabar dengan sikap orang itu, malah anda membalas kejahatan yang diberikan kepada anda dengan memberinya kebaikan. Jika orang selalu dengki atau banyak melakukan kejahatan kepada anda itu ditimpa apa-apa kesusahan maka anda dengan sedaya upaya akan cuba membantunya. Mudah-mudahan pintu hati orang itu akan terbuka dan sedar akan kesalahan yang telah dilakukan kepada anda.

5. Janganlah seorang lelaki itu mudah mempunyai pemikiran yang negatif kepada seseorang yang lain. Pemikiran negatif adalah pemikiran yang tidak baik. Contohnya anda melihat kawan anda asyik berada dihadapan komputer setiap masa. Dalam fikiran anda mula berfikir:
“eh dia ni asyik dok menghadap komputer online je sepanjang hari, tak ada kerja lain ni mesti dok chatting dengan awek la tu”
Itu adalah contoh berfikiran negatif. Anda perlulah sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik kepada kawan anda itu. Ini pula adalah contoh berfikiran positif.
“rajinnya kawan aku sorang ni, dia online sebab rajin tulis blog kot..”
Hendaklah anda mengamalkan sifat bersangka baik ni kerana ia dapat menjaga hati anda. Hati anda akan dapat dijaga dari sifat dengki, tidak puas hati, salah faham dan banyak lagi sifat yang tidak baik. Semoga fikiran anda sentiasa positif kearah kebaikan.

6. Sifat mudah putus asa perlu dijauhkan dalam diri seseorang terutamanya bagi seorang lelaki. Jika seorang lelaki itu mudah berputus asa maknanya seorang lelaki itu tidak kuat dan lemah dalam sesuatu perkara yang dilakukan. Anda sudah tentu tidak mahu dianggap lemah semangat kan? Agak malu sikit kalau seorang lelaki ni lemah semangat. Kuatkan semangat anda dan jangan mudah berputus asa jika apa yang anda impikan tidak berjaya. Terus berusaha sedaya upaya lagi tanpa kenal erti putus asa. Jangan mudah berputus asa juga dengan kehidupan yang anda hadapi. Walau berat mana sekalipun ujian yang diterima hendaklah bersabar kerana ada hikmah disebaliknya.
Sebagai kesimpulan, walau secantik atau setampan mana pun rupa paras seorang lelaki itu, ia tidak menunjukkan kecantikan sebenar dalam diri lelaki itu. Kecantikan sebenar lelaki dapat dilihat daripada iman yang kukuh, hati yang bersih dan akhlak yang mulia, semangat yang tinggi dan banyak lagi. Apa guna kalau muka cantik tapi tak pernah sembahyang. Tak kenal yang mana halal haram. Dosa dan pahala tak tahu nak beza, susah untuk melakukan kebaikan. Memang cantik luaran tapi dalaman tidak cantik.


Ini antara ciri yang Anna dapat kongsikan bersama anda. Jadi untuk wanita diluar sana, jangan lah terlalu menilai seseorang lelaki itu dari luaran sahaja, nilaikanlah sekali dalaman dan budinya juga....



love Anna

No comments:

Post a Comment

Cintailah seseorang itu atas dia siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya.kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati...

Find me

Wasallam...

Thanks for visiting me!!!


Powered By Blogger